Pertandingan Pengurusan Perolehan Hijau PolyCC 2023
Anugerah Pengurusan Perolehan Hijau Terbaik Politeknik dan Kolej Komuniti diadakan dengan tujuan membudayakan pengurusan perolehan yang cekap dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
Penilaian anugerah ini adalah berdasarkan pembuktian ringkasan pencapaian yang dilampirkan bersama seperti salinan resit, penubuhan jawatankuasa berkaitan pengurusan Hijau, latihan/aktiviti promosi dalaman, lawatan penanda arasan, amalan baik yang dilaksanakan, penggunaan peralatan/produk/teknologi hijau dalam polisi pengurusan dan perolehan hijau dan pengiktirafan serta kejayaan yang diperolehi.