Pertandingan Anugerah Landskap Hijau PolyCC 2023
Anugerah Landskap Hijau Politeknik dan Kolej Komuniti diadakan dengan tujuan membudayakan pembangunan landskap dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia bagi mendidik dan memupuk budaya menanam dan menyusun pokok di tempat kerja dan kehidupan harian.
Penilaian anugerah ini adalah berdasarkan projek landskap yang mampan yang dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah.
