Pertandingan Penjimatan Air PolyCC 2023
Anugerah Penjimatan Air Politeknik dan Kolej Komuniti diadakan dengan tujuan membudayakan penjimatan air dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia bagi mendidik dan memupuk budaya penyelidikan di tempat kerja dan kehidupan harian dan memberi kesedaran kepada warga Politeknik dan Kolej Komuniti mengenai penjimatan air yang boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan kepada alam sekitar.
Penilaian anugerah ini adalah berdasarkan pembuktian ringkasan pencapaian yang dilampirkan bersama seperti salinan bil air, penubuhan jawatankuasa berkaitan penjimatan air, latihan/aktiviti promosi dalaman, lawatan penanda arasan, amalan baik yang dilaksanakan, penggunaan peralatan/produk/teknologi hijau dalam polisi penjimatan air dan pengiktirafan serta kejayaan yang diperolehi.