Kertas Penyelidikan & Inovasi Hijau MPCCSustAward 2023
Panduan & Syarat Penulisan
Syarat Umum
- Penyertaan TERBUKA kepada seluruh Warga JPPKK (Politeknik dan Kolej Komuniti) dalam kalangan staf dan pelajar.
- Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh menghantar lebih dari satu (1) penulisan.
- Semua penulisan yang diterima/disahkan akan dibukukan dalam sebuah penerbitan berdaftar (eISBN).
- Penulis bagi setiap artikel dihadkan kepada tiga (3) orang sahaja.
Penulisan adalah bertemakan Sustainability dan Green Technology dalam tujuh (7) bidang berikut:
Bidang 1: Pengurusan Pendidikan & Penyelidikan
Pelaksanaan kurikulum hijau, penyelidikan & penerbitan Lestari, Pengurusan Laporan & Laman Sesawang Kelestarian, Pelaksanaan Program Kesedaran & Penerapan Budaya Hijau serta latihan, perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi pelajar & kakitangan.
Bidang 2: Pengurusan Tenaga & Perubahan Iklim
Pengekalan & Peningkatan kecekapan penggunaan tenaga, serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Bidang 3: Pengurusan Alam Sekitar & Landskap
Mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar & prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian.
Bidang 4: Pengurusan Sisa
Peningkatan Kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.
Bidang 5: Pengurusan Air
Bidang 6: Pengangkutan
Menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.
Bidang 7: Perolehan hijau
Pengenalan & amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik & Kolej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharan alam sekitar & pengurangan jejak karbon.
- Penulisan yang dihantar hendaklah penulisan asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana terbitan, cetakan, jurnal, prosiding atau seumpamanya.
- Penulisan perlu dihantar dalam bentuk softcopy (.doc/.docx) dan perlu dimuat naik melalui portal rasmi mpccsustaward23.polimas.edu.my
- Penulisan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan tidak akan diterima.
- Tarikh TUTUP penghantaran ialah pada 30 Jun 2023.
Format Penulisan
b) Penulis wajib menggunakan perisian Microsoft Word.
c) MESTILAH menggunakan TEMPLAT yang disediakan.
d) Maksimum mukasurat adalah di antara 5-8 mukasurat (Single Colum).
Rujukan / Pertanyaan
Sila e-mel kepada : kertaspenyelidikanhijau2023@gmail.com