Saksikan secara LIVE Majlis Perasmian dan Penutup

MPCCsustAWARD2326 September 2023Dewan Sri Mas, POLIMAS

MPCCSustAward23

(Malaysian Polytechnic & Community College Sustainable Award 2023)

Sebagai  peneraju utama institusi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti JPPKK berusaha memastikan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dapat dicapai. Pengurusan pendidikan dan penyelidikan mampan dilihat sebagai satu cara untuk memampankan institusi kondusif berteraskan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 - 2025. Blueprint SmartGreen PolyCC 2022-2026 (BSGPC) juga dibangunkan dengan visi untuk memperkasa budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Hala tuju strategik yang praktikal dan dapat dicapai merupakan tonggak utama kejayaan pencapaian visi blueprint ini. Hala tuju ini adalah berpandukan kepada pelaksanaan aktiviti tujuh (7) bidang tumpuan yang perlu dilaksanakan secara seiring dan saling menyokong antara satu sama lain. 

MPCCSustAward melibatkan tiga (3) kategori anugerah :

♦ Kategori pertama ialah Anugerah SmartGreen PolyCC meliputi tujuh (7) bidang tumpuan.
Bidang tumpuan tersebut ialah:

(1) Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan, 

(2) Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim, 

(3) Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap, 

(4) Pengurusan Sisa, 

(5) Pengurusan Air, 

(6) Pengangkutan dan 

(7) Perolehan Hijau.

♦ Kategori kedua ialah Anugerah Green Project Management (GPM); dan

♦ Kategori ketiga ialah UI Green Metric Ranking.

Secara dasarnya BSGPC ini menjadi dokumen rujukan kepada semua aktiviti dan program mampan di setiap politeknik dan kolej komuniti di Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan juga kepada institusi pengajian yang lain. Sealiran dengan itu semua institusi pendidikan akan dapat memainkan peranan sebagai pusat ilmu untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu, juga tidak ketinggalan dalam bidang lain yang dapat memberi nilai tambah kepada jati diri seperti bidang pengurusan mampan dan komunikasi dengan lebih berkesan.
Ini akan dapat memenuhi tuntutan dan keperluan dunia pekerjaan yang semakin mencabar yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental, berdaya saing dan berkeperibadian yang baik agar dapat berinteraksi secara berkesan dan harmoni dengan masyarakat dan persekitaran untuk menjamin keseimbangan, kesejahteraan dan kemampanan hidup. Sustainable Development Golds (SDGs) diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan tujuan bagi meneruskan agenda 2030 mencapai keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu merangkumi sosial, ekonomi, dan alam sekitar.

Bagi mengukur dan mengiktiraf keberhasilan pelaksanaan BSGPC, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menganjurkan Malaysian Polytechnic & Community College Sustainability Award 2023 (MPCCSustAWARD23) buat kali keempat sejak tahun 2020. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) merupakan politeknik yang telah terpilih sebagai tuan rumah pada tahun 2023.

Penganjuran program ini adalah secara bersama Bahagian Kurikulum (Unit Teknologi Pertanian), JPPKK dan POLIMAS yang diwakili oleh Jawatankuasa SmartGreen PolyCC POLIMAS yang bertujuan untuk melonjakkan institusi kampus TVET mampan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa melalui International Webinar & Showcase on Malaysian Sustainability Projects akan datang.

Penganjuran MPCCSustAWARD23 ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  1. Mencapai KPI Politeknik di bawah strategi peningkatan program TVET berimpak di mana pensyarah dan pelajar berpeluang mempamerkan daya cipta dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2. Menambah baik jalinan hubungan dua hala dan membuka peluang kolaborasi baru dengan pemain industri mampan di Malaysia.
  3. Memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar menyertai program berskala besar sejajar dengan Lonjakan 4 PPPM-PT untuk menghasillkan graduan TVET yang berkualiti.
  4. Mengiktiraf kedudukan institusi mampan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

SMARTGREEN POLIMAS

Banyak lagi gambar-gambar aktiviti SmartGreen POLIMAS
CHECK IT OUT!!

SMARTGREEN POLIMAS

Banyak lagi gambar-gambar aktiviti SmartGreen POLIMAS
CHECK IT OUT!!

SMARTGREEN POLIMAS

Banyak lagi gambar-gambar aktiviti SmartGreen POLIMAS
CHECK IT OUT!!

SMARTGREEN POLIMAS

Banyak lagi gambar-gambar aktiviti SmartGreen POLIMAS
CHECK IT OUT!!
Saksikan rakaman WebinarSiri 1Siri 2dan Siri 3dengan beberapa slot topik yang menarik!!!

Ayuh, sertai kami di MPCCSustAWARD23
“Join PolyCC Green Movement for a Sustainable Future”

Image